Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, June 2, 2011

Sekali bersin, satu jam ruang tercemar


Biarpun hanya sekali anda bersin, tetapi kesan daripada bersin tadi boleh menyebabkan seluruh kawasan di sekeliling anda tercemar selama satu jam. Para pengkaji menjelaskan partikel bersin atau batuk yang berukuran mikroskopik mampu berterbangan di udara dalam kuantiti yang cukup besar.


Sekali bersin biasanya mengandungi hingga 40 ribu titisan cecair yang mengandungi kuman. Disebabkan itu, apabila bersin berlaku di sebuah ruang pejabat, kapal terbang atau kereta api, boleh menjangkiti orang lain dalam tempoh satu jam. Ini juga antara alasan mengapa ramai pelancong yang batuk atau selesema apabila pulang dari melancong.

Kajian itu berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji dengan mengumpulkan sampel udara daripada ruang menunggu sebuah klinik kesihatan, dan tiga pesawat penerbangan. Sebahagian daripada sampel tersebut mengandungi titisan kecil yang mengandungi virus selesema.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...