Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Monday, June 6, 2011

Kenduri kahwin di Satun, Thailand

Hari jumaat dan sabtu lepas (3 & 4 Jun 2011) saya bersama-sama suami dan beberapa lg rakan kepada suami berangkat ke Satun Thailand untuk menghadiri kenduri kahwin. Teruja sgt nak ke sana sebab ingin melihat sendiri majlis perkahwinan di sana, adakah sama mcm kita kat sini???

Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke bumi Satun. Sebelum ni bukan tak pernah pegi ke Thai, tapi sampai setakat Hadnyai dan Songkla sahaja. Rupa-rupanya kebanyakan masyarakat Satun di situ boleh berbahasa melayu siap dgn loghat mcm org perlis/kedah.
Cara serve makanan agak beza sikit dgn kita... masih mengamalkan cara lama kita kt sini (ingat tak masa kita kecik2 dulu, ada org angkat makanan utk kita, org kedah panggil 'mentara'...)
yg ketara sgt perbezaan, kita di sini nasi letak dalam pinggan/ mangkuk tambah, tapi diaorang letak dalam plastik, mcm nasi himpit tu....tapi taklah kena himpit....hehehe....

Perjalanan ke sana agak mencabar jugak sbb jalan masih dalam pembinaan, nasib baik semua selamat pergi dan balik.....

Apa2pun terima kasih kepada keluarga pengantin, dan kepada pasangan pengantin, En Dahlan & Pasangannya'. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.... Amin...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...