Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Thursday, May 19, 2011

Rawat Penyakit Dengan Belimbing Buluh

Kaya dengan flavon dan asam kalium-akolat membuatkan belimbing buluh bermanfaat sebagai penyembuh aneka jenis penyakit.

Antaranya, penyakit beguk, batuk dan sakit gigi. Bagi mengubati beguk, anda hanya perlu mengambil sepuluh biji buah belimbing buluh, sedikit daunnya dan empat ulas bawang merah. Cuci sehingga bersih, tumbuk sehingga lumat dan tampalkan pada bahagian yang dilanda beguk.

Untuk merawat batuk, rebus segenggam daun dan bunga belimbing dan dua biji buahnya bersama gula batu serta dua gelas air sehingga airnya tinggal setengah. Tapis dan minum sebanyak dua kali sehari.

Manakala lima biji buah belimbing buluh yang telah dicuci sehingga bersih, lalu dikunyah dengan sedikit garam ampuh untuk merawat sakit gigi.

Selain penyakit-penyakit di atas, belimbing buluh juga ampuh dalam merawat diabetes, sakit sendi, sengal tulang dan ulser mulut. Malah, kulit muka yang bebas jerawat juga boleh dimiliki menerusi belimbing buluh kerana ia turut berkuasa dalam menghilangkan jerawat pada wajah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...