Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, May 18, 2011

Nasi Untuk Bebas Alahan

Nasi dikatakan punca obesiti kerana kandungan karbohidrat yang tinggi. Namun, di sebalik kesan negatif itu, nasi mampu membebaskan tubuh daripada alahan.

Dengan memakan nasi, individu menjadi lebih kebal terhadap sebarang masalah alahan. Kajian sekumpulan saintis Jepun yang diterbitkan dalam edisi internet Proceedings of the National Academy of Sciences, mendapati sejenis vaksin yang terhasil dalam beras yang diubah genetiknya, terbukti mampu menghalang reaksi imun badan kepada unsur penyebab alahan.

Kajian ke atas tikus makmal menunjukkan haiwan berkenaan yang diberi makan nasi beras khas itu memberikan reaksi daya tahan badan kepada debunga yang boleh mencetuskan alahan.

Hasilnya tikus terbabit dikesan kurang bersin berbanding sebelumnya. Untuk itu, satu vaksin berasaskan tumbuhan akan dihasilkan bagi menggantikan kaedah Immunotherapy atau suntikan alahan bagi merawat masalah alahan tertentu.

(Sumber:Majalah Harmoni)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...