Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Tuesday, May 10, 2011

Makanan untuk rambut sihat

Salmon




  • Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung di dalam ikan ini sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala.

  • Kekurangan zat-zat tersebut boleh menyebabkan kulit kepala dan rambut menjadi kering.

Sayur-sayuran berwarna hijau tua



  • Sayur-sayuran berwarna hijau tua seperti bayam, brokoli, lobak antara sumber terbaik dari vitamin A, C dan zat besi dan kalsium yang menghasilkan sebum.

  • Sebum mengeluarkan minyak yang menjadi pelembap semula jadi rambut.

Kekacang




  • Jika mahu mendapatkan rambut yang berkilau, makanlah banyak kekacang. Antaranya walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu melembapkan rambut.

  • Kekacang seperti badam misalnya merupakan sumber zink yang baik.

  • Kekurangan zink dapat menyebabkan kerosakan rambut.
Produk susu yang rendah lemak


  • Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik.

  • Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.
    (Sumber:Mingguan Wanita)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...