Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Wednesday, May 11, 2011

Kaedah diet lain dari yang lain

Makan makanan bentuk persegi


  • Cuba makan makanan yang berbentuk persegi berbanding yang berbentuk bulat.

  • Bentuk persegi mencerminkan suatu kepuasan, manakala bentuk bulat mengundang rasa teruja.

Pilih warna kelam



  • Warna-warna kelam seperti coklat dan krim akan membuat anda puas dan tenang sehingga membuatkan anda tidak mahu makan lagi.

  • Warna-warna cerah akan merangsang rasa atau nafsu makan.

  • Bagi yang ingin berdiet, pilihlah makanan yang berwarna gelap.

  • Cuba buat ruang makan anda berwarna kelam, pasti dapat menurunkan nafsu makan anda.

Makan dalam suasana hening



  • Semakin tenang suasana anda makan, semakin mudah anda untuk meneruskan diet anda.

  • Atur jumlah meja secara genap agar anda dapat lebih relaks.

  • Angka ganjil akan meningkatkan kesedaran anda.
Gantung cermin


  • Letakkan cermin di ruang makan agar boleh melihat diri sendiri ketika sedang makan.

  • Sebaiknya, ketika makan, perhatikan juga bagaimana dan apa yang anda sedang makan.

Persekitaran bersih



  • Sampah melambangkan satu pembaziran atau kelebihan, termasuklah berat badan anda yang berlebihan itu.

  • Jika anda ingin mengurangkan dan menghilangkan kalori, buang dulu sampah di rumah anda.

  • Mulakan dari ruang dapur yang mewakili kesihatan dan bentuk fizikal anda.

Gunakan pinggan kecil



  • Untuk mengurangkan kuantiti makanan anda, gunakanlah pinggan yang kecil.

  • Ini kerana, pinggan yang kecil membuatkan makanan yang anda ambil nampak penuh dan banyak pada pinggan.

Memasak



  • Masaklah sendiri makanan anda supaya anda dapat mengatur dan mengawal sendiri bahan yang anda gunakan di dalam makanan anda.

  • Memasak sendiri dipercayai mencerminkan kesejahteraan kewangan anda.

Bersihkan kereta



  • Bersihkan kereta terutama di bahagian bonet, ia dipercayai dapat membantu anda di dalam proses berdiet.

  • Keadaan kereta yang tidak terurus dipercayai mencerminkan berat badan anda yang berlebihan dan tidak terurus.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...