Blogger Backgrounds

Informasi untuk Wanita

Pelbagai panduan, petua, resipi dan info untuk dikongsi bersama-sama anda.

Sunday, May 15, 2011

Kacang Buncis Tingkatkan Pengeluaran Insulin



Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus Vulgaris mengandungi zat B-sitosterol dan stigmasterol yang berupaya meningkatkan pengeluaran insulin.



Insulin adalah hormon yang dihasilkan secara semula jadi oleh organ pankreas dalam tubuh manusia. Insulin berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Justeru, individu amat memerlukan insulin kerana pengeluaran insulin yang mencukupi amat diperlukan bagi menghindari penyakit diabetes.



Selain itu, sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini turut hebat dalam menurunkan tekanan darah. Bagi individu yang mengalami masalah berat badan pula, kandungan serat dan enzim dalam kacang buncis dapat membantu anda menurunkan berat badan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...